BANTUAN MAKANAN SULTAN JOHOR DISAMPAIKAN KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN
Pada hari ini (13 Ogos), sebanyak 130 kotak makanan kurniaan DYMM Sultan Johor menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) disampaikan kepada rakyat pelbagai kaum.
Terdahulu, pada pagi tadi bantuan makanan disampaikan oleh wakil Baginda, Yang Berhormat Mejar Cina Dato’ David Wong kepada Jawatankuasa Kuil Arulmigu Sri Balasubramaniar dan Rumah Berhala Tien Hiew Kiong di Skudai, Johor Bahru.
Dato’ David Wong berkata, bantuan makanan itu akan diagihkan kepada penerima-penerima oleh pihak jawatankuasa terbabit.
“Turut disampaikan sumbangan peribadi daripada Baginda Tuanku Sultan kepada 75 pesakit yang sedang menerima rawatan dialisis buah pinggang.
“Pihak Jawatankuasa turut menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Johor diatas kurniaan Baginda kepada golongan memerlukan, “ katanya kepada Royal Press Office (RPO).
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor